Perutusan Pegawai Daerah
Carta Organisasi
Visi Dan Misi
Piagam Pelanggan
Peranan Dan Fungsi Utama
Senarai Kakitangan Utama
Sejarah Daerah
Kenyataaan Tender
Pecahan Penduduk
Jabatan Kerajaan Lain
Kemudahan Awam
Kawasan Pilihanraya
Tempat Menarik
Pembangunan
Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum
Galeri


Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan menjalankan tugas mengikut peruntukan Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Kerajaan dengan rasa penuh keikhlasan, tanggungjawab dan dedikasi.
    1. Pendaftaran probet akan dilakukan dengan serta merta dan surat kuasa mentadbir harta akan disiapkan dalam tempoh masa satu minggu jika semua syarat dipenuhi oleh pemohon.
    2. Pengeluaran surat pesanan seperti Service Order, Local Purchase Order, Air Warrant dan sebagainya akan dikeluarkan dengan serta merta bagi setiap pembelian/pesanan.
    3. Pendaftaran bagi kes Mahkamah Bumiputera dan Mahkamah Majistret akan dilakukan dengan serta merta dengan syarat semua keperluan perundangan telah dipenuhi.
    4. Pendaftaran Deed akan dilakukan dengan serta merta jika semua syarat telah dipenuhi.
    5. Penyediaan baucar bayaran akan dilakukan sebaik sahaja waran peruntukan dan bil telah diterima dari kerajaan dan pembekal.
    6. Semua pungutan hasil kerajaan akan dilakukan dengan serta merta dan resit yang berkaitan akan dikeluarkan.
    7. Semua permohonan lesen perdagangan akan disiapkan dalam tempoh satu minggu dari tarikh permohonan dengan syarat semua keperluan telah dipenuhi.
    8. Semua permohonan untuk Sijil Anak Angkat akan diproses dengan segera dan sijil akan dikeluarkan dalam masa dua hari jika semua syarat telah dipenuhi.
    9. Borang borang seperti SPA,JPA,PSC, Tabung Amanah Bakun dan sebagainya akan dikeluarkan dengan segera jika stok borang berkenaan ada di dalam simpanan pejabat.
    10. Penghantaran surat rasmi kerajaan akan dilakukan dalam tempoh selewatnya dua hari selepas ianya disiapkan.
    11. Pelaksanaan projek pembangunan kecil akan dilaksanakan segera sebaik sahaja waran peruntukan/surat kuasa diterima dari kerajaan.  Proses pelaksanaan akan tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan dan lain-lain arahan kerajaan.
    12. Proses pindah milik tanah persendirian akan dilakukan segera jika semua pihak yang berkenaan telah menyempurnakan semua syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
    13. Pembayaran gaji bulanan kakitangan kerajaan dan lain-lain pembayaran akan dilakukan mengikut tarikh pembayaran gaji manakala pembayaran lain tertakluk kepada stok wang yang disimpan oleh Perbendaharaan-Kecil.
    14. Lain-lain perkara yang tidak disentuh disini maka ianya akan diproses/ambil tindakan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh kerajaan.