|
VISI
Ingin menjadikan Belaga sebuah daerah yang berdaya maju
dalam bidang pertanian,
pendidikan dan pelancongan, dan pesat
membangun menjelang
tahun 2010
MISI
Di dalam mencapai Visi tersebut maka pentadbiran Daerah
bergerak ke arah:-
- Membangunkan sektor pertanian dan pelancongan yang
moden berasaskan teknologi baru.
- Membangun, menyedia dan membaiki kemudahan awam untuk
keselesaan penduduk.
- Meneroka peluang pekerjaan penduduk tempatan melalui usaha
perkongsian pintar dan bistari dengan syarikat swasta.
- Membangunkan sumber manusia ke arah meningkatkan kemahiran
dan ilmu pengetahuan dalam sector pertanian dan pelancongan.
Matlamat yang Ingin Dicapai
-
Mengenalpasti
dan membangunkan sektor pertanian melalui sistem mini estet, program
pembangunan kampung bersepadu dan program pembangunan desa di kawasan
Asap, Hilir Bakun, Batang Belaga dan Empangan Bakun.
-
Memajukan
dan membaiki kemudahan awam khususnya bekalan elektrik, bekalan air
bersih, rangkaian telekomunikasi dan tempat riadah kepada semua
penempatan.
-
Menyediakan
saluran peluang pekerjaan di dalam sektor industri, perladangan dan
perlancungan kepada penduduk tempatan.
-
Membina
jalanraya yang boleh menghubungkan semua penempatan di daerah.
-
Mengabungkan
semua penempatan kecil yang bertaburan di seluruh daerah menjadi
penempatan yang besar dan strategik.
Sasaran Rancangan
Pembangunan Daerah.
Dalam masa lima tahun (2005-2010), sasaran berikut diharap
akan tercapai:
-
Pembangunan
kawasan tanah adat ( NCL ) secara mini estet di Dataran
Menjawah-Punan Bah dan di Penempatan Semula Sg. Asap dengan
tanaman pertanian komersial.
-
Penduduk
Daerah Belaga akan dilatih di dalam bidang yang berkaitan dengan sektor
industri kecil dan sederhana, perladangan kelapa sawit, latihan
keusahawanan dan pelancongan dengan kerjasama agensi yang
berkaitan.
-
Membaiki
dan menyelenggara rangkaian jalanraya dari Pekan Belaga menghubungi
Lebuhraya Bakun-Bintulu di dalam usaha memajukan daerah secara
bersepadu.
-
Menggabungkan
rumahpanjang kaum Penan dan Kajang yang kecil dan bertaburan menjadi
suatu penempatan yang besar dan berdaya maju.
-
Mewujudkan
pusat desa bersepadu di kawasan Sekapan - Punan Bah dengan tujuan
membangunkan sektor pertanian dan pelancongan.
|